You're number

free counter

Saturday, February 6, 2010

Family Day 2010 Lanjut Beach Resort











Country Report Malaysia

Oceanics members

KELAB BERKERETA RAKAN SAMUDERA

JOHOR DARUL TA'ZIM

REG NO: 0525-06-JHR

http://oceanics.blogspot.com

HARI KELUARGA OCEANICS MEMBER 2010

Oceanics member telah mengadakan hari keluarga Pada 1dan 2 january 2010 yang lalu. Kali ini kelab oceanics telah memilih untuk bertandang ke Lanjut Beach Resort, Rompin. Seramai 31orang ahli dari cawangan mersing Johor Bahru Kluang , dan Gemas telah menyertai program kali ini. konvoi dimulakan pada jam 4petang, ahli - ahli dari Johor Bahru dan mersing telah berkumpul di simpang Tenggaroh. setelah di beri taklimat oleh ketua marshall yang dilantik, para ahli mengambil tempat masing -masing . Perjalanan di mulakan pada jam 5ptg untuk menuju check point pertama iaitu di Tunas manja mersing untuk bergabung dengan ahli - ahli dari mersing dan kluang. Konvoi memulakan semula perjalanan ke destinasi yang dituju di Lanjut Beach Resort pada jam 830malam telah sampai ke destinasi

Setelah berehat seketika untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh ahli -ahli oceanics member. pada jam 930mlm aktiviti pertama di mulakan iaitu pertandingan karoake. Seramai 20 perserta telah meryertai pertandingan. Aktiviti lain yang diaturkan pada kesokannya adalah seperti bola tampar pantai, bola sepak pantai, tarik tali, sukaneka dan riadah di pantai bersama keluarga dan ahli - ahli. setelah penat beriadah ahli -ahli bersiap untuk peryampaian hadiah dan bergambar. sekitar jam 400ptg konvoi telah bargerak pulang. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang yang terlibat . Para perserta berkumpul dan bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda ukhwah sesama ahli.

Walaupun keletihan, aktiviti ini merupakan kenangan manis buat ahli oceanics members yang menyertainya. Sekalung budi dan terima kasih kepada semua ahli- ahli yang berusaha menjayakan Hari keluarga kali ini.

Kepada mereka yang berminat mengetahui mengenai kelab ini boleh melayari laman web di:

http://oceanics.blogspot.com

sekian terima kasih.


Convoy ke Tanjung Balau pada 1mei 2009




Convoy ke Gunung Ledang 5-7-2009





Convoy ke Air Terjun Bekok pada 27 Nov 2009

Asslamualaikum....

kali ni punye entry adalah pengembaraan OCEANICmembers ke Air Terjon Bekok.....
gambar ni adalah gambar semasa kami berada di sana.....
ni adalah aktiviti makan memakan jek la...hahahaha......

Yang ni pulok, aktiviti kami membakar ikan untuk dijadikkan santapan kepada para members of oceanic la ape lagi...
kalo x masak camane nak makan??
ye x????
hehehehehe,.....


Ni aktiviti mandi manda bersama keluarga...... 1,2,3..... TERJON........


Ahli2 Oceanic Club yang join convoy ke Air Tejon Bekok....

Kereta semua ahli2 club Oceanic yang join.....

Wednesday, May 6, 2009

Family Day ke Mersing

Deretan kereta seawal tibe di lokasi....

Bola Tampar Pantai...

Bola Sepak Pantai...

Bermain bola sepak pantai sambil orang2 lain bermandi manda...

Sepak Takraw....

Members of Oceanics.....

Hadiah2 yang bakal dorang dapat...

Kumpulan yang Memenangi cenderahati...

Oceanic Members sebelum Pulang..


Gambar Beramai-ramai sebelum Pulang...


oceanics members

KELAB BERKERETA RAKAN SAMUDERA
JOHOR DARUL TA'ZIM
REG NO:- 0525-06-JHR
http://oceanics.blogspot.com


HARI KELUARGA OCEANICS MEMBER 2009

Oceanics member telah mengadakan hari keluarga Pada 12/4/2009 yang lalu. Kali ini kelab oceanics telah memilih untuk bertandang ke Telok Gorek Endau Mersing. Seramai 28 orang ahli dari cawangan mersing Johor Bahru dan Kluang telah menyertai program kali ini. konvoi dimulakan pada jam 8.00 pagi, ahli - ahli dari Johor Bahru dan mersing telah berkumpul di simpang Tenggaroh. setelah di beri taklimat oleh ketua marshall yang dilantik, para ahli mengambil tempat masing -masing . Perjalanan di mulakan pada jam 8.30 pagi utuk menuju check point pertama iaitu di Tunas manja mersing untuk bergabung dengan ahli - ahli dari mersing dan kluang. Konvoi memulakan semula perjalanan ke destinasi yang dituju di Telok Gorek pada jam 9.50 pagi dan telah sampai ke destinasi pada jam 1030 pagi. Setelah berehat seketika untuk menjamu selera yang telah di sediakan oleh ahli -ahli dari mersing. pada jam 11.15 pagi aktiviti di mulakan seperti yang dirancang. Aktiviti yang diaturkan seperti bola tampar pantai , bola sepak pantai, sepak raga bulatan, sukaneka dan riadah di pantai bersama keluarga dan ahli - ahli . setelah penat beriadah ahli -ahli bersiap untuk peryampaian hadiah dan bergambar. sekitar jam 500ptg konvoi telah bargerak pulang. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang yang terlibat . Para perserta berkumpul dan bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda ukhwah sesama ahli. Walaupun keletihan, aktiviti ini merupakan kenangan manis buat ahli oceanics members yang menyertainya. Sekalung budi dan terima kasih kepada semua ahli- ahli yang berusaha menjayakan Hari keluarga ini . Kepada mereka yang berminat mengetahui mengenai kelab ini boleh melayari laman web di http:-// oceanics.blogspot.com atau hubungi Jimi (016-7856648/ 0177996107) bagi kawasan Pasir Gudang. Lan(017-7707968) wan(013-7125435) bagi kawasan Johor Bahru, Apai(013-7768890) bagi kawasan Mersing, Ujang (017-7778561)bagi kawasan Kluang,Asid (017-6803314) bagi kawasan Gemas dan Along(013-6317345) bagi kawasan melaka. sekian terima kasih.

Thursday, December 11, 2008

Family Day Ke Melaka








oceanics members
KELAB BERKERETA RAKAN SAMUDERA
JOHOR DARUL TA'ZIM
REG NO:- 0525-06-JHR
http: // oceanics.blogspot.com

KONVOI OCEANICS MEMBERS KE WATER WORLD MELAKA

Pada 8dan 9 November yang lalu, kelab oceanics telah mengadakan aktiviti riadah bersama keluarga di Water World, Melaka. Lebih kurang 26 orang ahli telah mengikuti konvoi ini dari caw Johor Bahru, Mersing dan Melaka. Sebanyak 13 buah kereta telah mengikuti konvoi kali ini.
Ahli dari Kluang dan Gemas tidak dapat mengikuti konvoi kali ini . Para perserta dari Johor Bahru telah berkumpul di Stesen Petronas Taman Putri Wangsa sebanyak 8 buah kereta dan seramai16 orang ahli. Setelah menerima penerangan tentang perjalanan yang akan ditempuhi, para perserta mula mengambil tempat masing-masing. Tepat jam 10.30mlm Perjalanan dimulakan dari Stesen Petronas Taman Putri Wangsa menuju ke Hentian R&R Bandar Tenggara dengan di ketuai oleh sdr jimi selaku ketua marshall dan dibantu ahli-ahli yang lain. Sekitar jam 11.10mlm konvoi sampai ke check point pertama di Hentian R&R Bandar Tenggara dan bergabung dengan ahli dari mersing. Sebanyak 4 buah kereta dan seramai 8orang ahli dari mersing mengikuti konvoi ini. Konvoi meneruskan perjalanan ke Tol Ayer Hitam jam 11.20mlm dan sampai di sana sekitar jam 12.20 pagi. para perserta meneruskan perjalanan ke check point kedua di Hentian R&R Pagoh dan sampai di sana jam 2.50 pagi. Para perserta berhenti rehat di sini selama 45 minit untuk makan dan minum. Para perserta meneruskan perjalanan ke tol Ayer Keroh sekitar jam 3.45 pagi dan sampai jam 4.30 pagi. Para perserta meneruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan dan sampai disini jam 5.00 pagi. para perserta berhenti rehat di sini sehingga jam 8.30 pagi dan bersarapan di R. Subaidah Dataran Pahlawan. Sekitar jam 9.30 pagi para perserta meneruskan perjalanan ke Water World melaka dan sampai di sini jam 10.30 pagi. setelah siap membeli tiket masuk para perserta pun mandi bersama keluarga dan rakan- rakan. Setelah puas mandi manda dan bergelak ketawa sekitar jam 3.30petang , konvoi akhirnya bergerak pulang kira - kira jam 4.00 petang. Konvoi berhenti di Dataran Ayer Keruh untuk merakamkan gambar kenang -kenangan dengan kamera masing - masing. Para perserta berkumpul dan bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda ukhwah sesama ahli. Walaupun keletihan, aktiviti ini merupakan kenangan manis buat ahli oceanics members yang menyertainya. Sekalung budi dan terima kasih kepada semua ahli- ahli yang berusaha menjayakan konvoi ini . Kepada mereka yang berminat mengetahui mengenai kelab ini boleh melayari laman web di http:-// oceanics.blogspot.com atau hubungi Jimi (016-7856648) Reza(012-7451934) bagi kawasan Pasir Gudang. Lan(017-7707968) wan(013-7125435) bagi kawasan Johor Bahru, Apai(013-7768890) bagi kawasan Mersing, Yusak(013-7346111) bagi kawasan Kluang,Asid (017-6803314) bagi kawasan Gemas dan Along(013-6317345) bagi kawasan melaka. sekian terima kasih.

Thursday, September 18, 2008