You're number

free counter

Thursday, December 11, 2008

Family Day Ke Melaka








oceanics members
KELAB BERKERETA RAKAN SAMUDERA
JOHOR DARUL TA'ZIM
REG NO:- 0525-06-JHR
http: // oceanics.blogspot.com

KONVOI OCEANICS MEMBERS KE WATER WORLD MELAKA

Pada 8dan 9 November yang lalu, kelab oceanics telah mengadakan aktiviti riadah bersama keluarga di Water World, Melaka. Lebih kurang 26 orang ahli telah mengikuti konvoi ini dari caw Johor Bahru, Mersing dan Melaka. Sebanyak 13 buah kereta telah mengikuti konvoi kali ini.
Ahli dari Kluang dan Gemas tidak dapat mengikuti konvoi kali ini . Para perserta dari Johor Bahru telah berkumpul di Stesen Petronas Taman Putri Wangsa sebanyak 8 buah kereta dan seramai16 orang ahli. Setelah menerima penerangan tentang perjalanan yang akan ditempuhi, para perserta mula mengambil tempat masing-masing. Tepat jam 10.30mlm Perjalanan dimulakan dari Stesen Petronas Taman Putri Wangsa menuju ke Hentian R&R Bandar Tenggara dengan di ketuai oleh sdr jimi selaku ketua marshall dan dibantu ahli-ahli yang lain. Sekitar jam 11.10mlm konvoi sampai ke check point pertama di Hentian R&R Bandar Tenggara dan bergabung dengan ahli dari mersing. Sebanyak 4 buah kereta dan seramai 8orang ahli dari mersing mengikuti konvoi ini. Konvoi meneruskan perjalanan ke Tol Ayer Hitam jam 11.20mlm dan sampai di sana sekitar jam 12.20 pagi. para perserta meneruskan perjalanan ke check point kedua di Hentian R&R Pagoh dan sampai di sana jam 2.50 pagi. Para perserta berhenti rehat di sini selama 45 minit untuk makan dan minum. Para perserta meneruskan perjalanan ke tol Ayer Keroh sekitar jam 3.45 pagi dan sampai jam 4.30 pagi. Para perserta meneruskan perjalanan ke Dataran Pahlawan dan sampai disini jam 5.00 pagi. para perserta berhenti rehat di sini sehingga jam 8.30 pagi dan bersarapan di R. Subaidah Dataran Pahlawan. Sekitar jam 9.30 pagi para perserta meneruskan perjalanan ke Water World melaka dan sampai di sini jam 10.30 pagi. setelah siap membeli tiket masuk para perserta pun mandi bersama keluarga dan rakan- rakan. Setelah puas mandi manda dan bergelak ketawa sekitar jam 3.30petang , konvoi akhirnya bergerak pulang kira - kira jam 4.00 petang. Konvoi berhenti di Dataran Ayer Keruh untuk merakamkan gambar kenang -kenangan dengan kamera masing - masing. Para perserta berkumpul dan bersalaman antara satu sama lain sebagai tanda ukhwah sesama ahli. Walaupun keletihan, aktiviti ini merupakan kenangan manis buat ahli oceanics members yang menyertainya. Sekalung budi dan terima kasih kepada semua ahli- ahli yang berusaha menjayakan konvoi ini . Kepada mereka yang berminat mengetahui mengenai kelab ini boleh melayari laman web di http:-// oceanics.blogspot.com atau hubungi Jimi (016-7856648) Reza(012-7451934) bagi kawasan Pasir Gudang. Lan(017-7707968) wan(013-7125435) bagi kawasan Johor Bahru, Apai(013-7768890) bagi kawasan Mersing, Yusak(013-7346111) bagi kawasan Kluang,Asid (017-6803314) bagi kawasan Gemas dan Along(013-6317345) bagi kawasan melaka. sekian terima kasih.